Program : Microsoft Office - Microsoft Powerpoint Tarikh : 16-11-2017 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Melatih pelajar menggunakan microsoft powerpoint.
Aktiviti
* Aktiviti utama yang dijalankan adalah para pelajar diberi tugasan untuk mencari gambar spesis binatang yang terdapat di seluruh negara.
* Pelajar perlu menggunakan microsoft powerpoint untuk membina 20 slide berkaitan tugasan yang diberikan.
Kebaikan
Kebaikan kelas ini para pelajar dapat didedahkan dengan penggunaan microsoft powerpoint untuk membina slide walaupun masih di peringkat sekolah rendah.
Program : E-Pembelajaran - Kuiz Tarikh : 11-10-2017 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Menguji tahap kemahiran pelajar untuk menjawab kuiz online.
Aktiviti
* Aktiviti utama yang dijalankan adalah memperkenalkan laman web berkaitan kuiz online.
* Memberi tugasan untuk menjawab kuiz berkaitan ict mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kebaikan
Kebaikan program ini dapt membantu pelajar menimba ilmu dalam pelbagai bidang dan dapat menguji minda mereka.
Program : Latihan keusahawanan Tarikh : 27-10-2017 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Tujuan untuk menjalankan perniagaan melalui facebook page.
Aktiviti
* Aktiviti utama yang dijalankan adalah peserta diajar cara untuk menggunakan canva bagi mengedit gambar untuk dimuatnaik di facebook page.
* Peserta juga diajar cara untuk membuat ayat bagi menjalankan perniagaan di facebook page.
Kebaikan
Kebaikkan daripada program ini adalah peserta dapat belajar cara untuk mengiklankan perniagaan secara atas talian.
Program : Intel Easy Steps Tarikh : 8/8/2017 - 9/8/2017 Lokasi : PI1M Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Menerangkan pengenalan kepada Intel Easy Steps.
Aktiviti
* Pelaksanaan aktiviti utama adalah peserta diberi penerangan tentang pengenalan kepada intel easy step.
* Peserta juga diberi penerangan tentang apa itu help guide dan cara menggunakannya.
Kebaikan
Kebaikan dari program ini adalah peserta dapat mempelajari dengan lebih terperinci berbanding belajar asas komputer kerana intel easy step menyediakan panduan untuk belajar iaitu intel help guide. Intel help guide sangat membantu peserta bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
Program : Kursus Asas ICT Tarikh : 25/8/2017 - 26/8/2017 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Membantu JAKIM dan JAIN ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Dakwah Negara tahun 2016-2019 iaitu bekerjasama dalam memperbanyakkan kandungan berunsur Islam di alam siber.
Aktiviti
Hari Pertama peserta kursus didedahkan dengan My Shop, Gmail dan Facebook . Hari Kedua peserta diajar cara untuk memasukkan video di youtube, penggunaan telefon pintar dan Instagram.
Kebaikan
Untuk membantu peserta menjadi pengguna yang mahir ICT serta boleh menggunakan perisian aplikasi asas secara berkesan dalam aktiviti harian mereka.Mempersiapkan diri peserta agar fleksibel dan mempunyai keupayaan Menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi di masa hadapan.
Program : Facebook Page Tarikh : 20/9/2017 & 27/9/2017 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Untuk menjalankan perniagaan melalui facebook page.
Aktiviti
* Peserta diberikan taklimat berkaitan cara untuk menguruskan facebook page.
* Peserta diberikan tugasan untuk mengedit gambar produk untuk dimasukkan ke dalam facebook page.
Kebaikan
Kebaikan daripada program ini adalah peserta dapat belajar cara untuk mengiklankan perniagaan secara atas talian. Hal ini dapat membantu peserta untuk menambah pendapatan.
Program : E-Pembelajaran Tarikh : 29/9/2017 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan kepada pelajar laman web yang boleh menimba ilmu dan menguji minda.
Aktiviti
* Pelajar diberi taklimat berkaitan jenis-jenis laman web E-Pembelajaran.
* Aktiviti utama yang dijalankan adalah memperkenalkan dashboard komuniti.
* Aktiviti sokongan adalah memuat turun dashboard komuniti di dalam telefon.
Kebaikan
Dapat membantu pelajar menimba ilmu dalam pelbagai bidang dan dapat menguji minda mereka.