Bukit Bunga mendapat namanya sempena kehadiran pelbagai jenis bunga terutama bunga kemboja yang banyak didapati di atas sebuah bukit berhampiran suatu masa dahulu. Bunga bunga tersebut dikatakan ditanam oleh seorang raja dari Pattani yang berpindah bersama keluarganya dan telah mendirikan tempat kediaman barunya di atas bukit berkenaan pada awal kurun ke-19.
Terdapat juga versi lain mengenai asal nama bukit tersebut yang dikatakan berasal daripada peristiwa seekor gajah bernama Merbunga yang mati di atas bukit tersebut. Para penduduk kemudiannya memanggil tempat gajah mati tersebut sebagai Bukit Bunga, namun bukit dikatakan menjadi tempat gajah itu mati telah dijadikan tapak Balai Polis Bukit Bunga.
Bukit Bunga adalah terletak di bawah Jajahan Tanah Merah. Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing sungai Kelantan. Pada awalnya, Bandar Tanah Merah dan Jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Pada 2 Feb 1955 Jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana Bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya. Mengikut sejarah melayu, Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu. Mengikut Rekod Kerajaan China Dinasti Sui, populasi penduduk Jajahan Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108288 orang. Mojoritinya adalah kaum melayu.