PriceCatcher merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan oleh KPDN bertujuan memberi kemudahan kepada
pengguna membuat carian dan perbandingan harga barangan dari premis-premis terpilih di seluruh negara.
Dapatkan pelbagai maklumat mengenai harga barang dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini boleh
dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda!
#KPDN
#PriceCatcher
#bandingkanhargabarubeli
#hakpengguna
#nadibukitbunga
cp : PriceCatcher
PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SejaTi MADANI)
SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan
aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana
sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
Permohonan dibuka mulai 25 MAC 2024 hingga 30 SEPTEMBER 2024.
Secara atas talian melalui Sistem MySejaTi MADANI : https://sejatimadani.icu.gov.my
Jangan lepaskan peluang ini!
π ππππ¨π ππ‘ : π£π₯π’ππ₯ππ πππ¦ππππ₯ππ‘ πππ¦ππππ§ππ‘ π£ππ₯ππππππ‘
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Kg Gemang dan kawasan sekitarnya ke Program Kesedaran
Kesihatan Pergigian yang akan diadakan di Masjid Al-Khaliq. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut serta dalam
program penuh manfaat ini!
Tarikh: 17 OGOS 2024 (SABTU)
Masa: 8.00 PAGI - 3.00 PETANG
Tempat : Masjid Al-Khaliq, Kg Gemang
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk pemeriksaan kesihatan pergigian secara PERCUMA! Selain itu,
NADI Kluster Jeli akan turut hadir membuka booth khas, menawarkan pelbagai maklumat berguna dan khidmat
rundingan untuk kesejahteraan bersama.
Jom hadir beramai-ramai, bawa keluarga, dan sahabat handai! Ayuh kita sama-sama memeriahkan program ini
dan menambah ilmu kesihatan pergigian kita.
πππ¨ππππ©ππ£ ππππ, πππ¨πππππ©ππ§πππ£ πΏππ§π!