Tiada artikel dalam kategori ini. Jika sub-kategori dipaparkan di laman ini, ia mungkin mengandungi artikel.

Sub-kategori

 

 

 

 


       Plaza (IMT-GT) Plaza Indonesia-Malaysia-Thailand Golden Triangle Bukit Bunga menjadi mercu tanda dan pusat pelancongan baharu serta tempat terminal bas express. IMT-GT adalahbangunan termoden di Tanah Merah, dibina pada Mei 2017 berkeluasan 1.22 hektar, sekaligus menelan kos sehingga RM14.7 juta. 

        Pembinaan plaza ini siap sepenuhnya pada Oktober 2019 oleh anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) iaitu KESEDAR Holdings Sdn Bhd, merangkumi dua komponen iaitu premis perniagaan dan pasar basah. Plaza terbabit mempunyai 30 ruang perniagaan berkeluasan 200 kaki persegi dan tujuh unit pejabat termasuk institusi kewangan seperti bank dan Ar-Rahnu.

       Pembinaan IMT-GT membuktikan bahawa KESEDAR,agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar dengan projek ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Komuniti yang terdiri daripada golongan usahawan boleh memasarkan produk jualan mereka di kawasan lebih selesa dan kondusif yang dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.

          Pelbagai jualan produk dikumpulkan dalam plaza berkenaan bagi memudahkan komuniti mendapatkan keperluan mereka, malah ia mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 

      Berek 12 Bukit Bunga terletak di kawasan yang strategik iaitu di kiri dan kanan jalan berhampiran stesen petronas menghala ke Tanah Merah sepanjang 100 meter kedai. Disini juga terdapat tempat untuk pelancong membeli-belah. Disini juga terdapat pelbagai jenis barangan seperti buah buahan, cenderamata, alatan dapur, barangan perhiasan, makanan ringan, beras siam, toto dan berbagai macam barangan untuk pelancong membawa pulang. Setiap cuti umum atau cuti hari raya atau cuti sekolah, ramai pelancong datang dan orang bekerja diluar balik ke Kelantan akan singgah disini untuk membeli. Harga barangan disini sangat berpatutan. 

      MR.DIY Bukit Bunga terletak bersebelahan dengan Pasaraya Pantai Timur dan  Sha kosmetik. Dengan adanya outlet MR.DIY ini dapat memudahkan komuniti di kawasan ini untuk mencari alatan rumah, alatan pejabat dan dll.

 

 

Pasaraya Pantai Timor sudah bertapak di Bukit Bunga beberapa tahun yang lalu dan menjadi tempat strategik untuk komuniti setempat mencari barang keperluan seperti barangan basah, barangan kering, alatan keperluan semasa dan dll. Pasaraya ini sentiasa dikunjungi komuniti dan memberi banyak manfaat.