Gambar: Pusat Ekonomi Digital Bukit Bunga

PUSAT EKONOMI DIGITAL yang dulu dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Bukit Bunga ditubuhkan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pi1M ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Pusat Ekonomi Digital Bandar Baru Bukit Bunga ini merupakan PEDi Fasa ke 5 yang dikenali sebagai CBL ENHANCEMENT.

Pusat Ekonomi Digital Bandar Baru Bukit Bunga ini telah di buka secara rasmi pada 20 Oktober 2014, ia telah dirasmikan pada 09 Mei 2015 oleh Yang berbahagia Dato' Haji Adhan Bin Kechik selaku ADUN Bukit Bunga.

PEDi ini beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.  PEDi ini menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, perkhidmatan Scan, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti asas STEM/IOT serta berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang terlatih.

                                                  

Gambar : Kemudahan komputer untuk komuniti PEDi Bukit Bunga

PENGENALAN 

Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:

i. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar

ii. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital

iii. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar

iv. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing

              

Gambar: Kaunter PEDi Bukit Bunga dan Surfing area

  1. Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON,Tiktok dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
  2. i.   Latihan ICT
  3. ii.  Latihan keusahawanan
  4. iii. Latihan multimedia
  5. iv. E-pembelajaran
  6. v.  Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
  7. vi. Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan
  8. Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital

 

Produk Usahawan PEDi BUKIT BUNGA

 

    •        

 JADUAL NEGERI YANG ADA PUSAT EKONOMI DIGITAL

 

  •  Melalui Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari 2023, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program 1DUN 1PEDi yang melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) PEDi di setiap DUN sebelum berakhirnya tahun 2023
  • Berikut adalah taburan PEDi sedia ada & baru mengikut negeri: 
  •  
  •   
    BilNegeriBil. PEDi sedia adaBil. PEDi baharu dibawah inisiatif
    1 DUN 1 PEDi
    1. Perlis 14 3
    2. Kedah 77 4
    3. Pulau Pinang 3 38
    4. Perak 71 19
    5. Selangor 48 35
    6. Negeri Sembilan 51 11
    7. Melaka 30 8
    8. Pahang 111 3
    9. Kelantan 72 7
    10. Terengganu 66 6
    11. Johor 90 11
    12. Sabah 118 15
    13. Sarawak 133 23
    14. WP Kuala Lumpur 21 3
      Jumlah 911 186 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut cerita seorang penduduk kampung yang telah lama menetap di sini, ada seekor gajah yang bernama merbunga telah mati diatas bukit. Akibat daripada kejadian tersebut, tempat ini telah dinamakan dengan Bukit Bunga. Lokasi bukit sekarang dimana gajah itu meninggal adalah bertempat di Balai Polis Bukit Bunga.