PENGENALAN LOKASI / TEMPAT
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - NEGERI
Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - JAJAHAN
Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.
Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.
Jajahan Tanah Merah merangkumi tiga Daerah, iaitu:
Kawasan Jajahan Tanah Merah merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok dan melibatkan 15 mukim.
DAERAH |
MUKIM |
KUSIAL |
BENDANG NYIOR |
PASIR GENDA |
|
MAKA |
|
BANDAR TANAH MERAH |
|
TANAH MERAH |
|
ULU KUSIAL |
BATANG MERBAU |
RAMBAI |
|
KUALA PAKU |
|
TEBING TINGGI |
|
ULU KUSIAL |
|
BUKIT DURIAN |
|
SOKOR |
|
JEDOK |
LAWANG |
JEDOK |
|
NIBONG |
Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah pada tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.
Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.
SUMBER : PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - DAERAH
Bandar Baru Bukit Bunga merupakan sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Jedok. Bukit Bunga juga semakin terkenal dan menjadi tumpuan ramai sebagai pusat membeli belah di Kelantan terutama menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang.
sumber : wikipedia
MAKLUMAT KOMUNITI BUKIT BUNGA
PERKARA | BIL/NAMA |
POPULASI PENDUDUK BUKIT BUNGA | 27,748 ORANG |
KELUASAN | 2376.83 HEKTAR |
SUMBER: SPRM 2022 , PORTAL PTDJNK
MAKLUMAT PARLIMEN BUKIT BUNGA
PERKARA | NAMA |
PARLIMEN | P30 | N36 BUKIT BUNGA |
AHLI PARLIMEN | YB DATO' ZAHARI BIN KECHIK |
ADUN | ALMIDI |
PEGAWAI DAERAH TANAH MERAH | EN. MOHAMMAD YUSOFF BIN HASSAN |
PENGHULU/KETUA KAMPUNG |
EN. MOHD YUSOFF BIN SHAMSUDDIN |
Sumber : portal rasmi kerajaan negeri kelantan, my undi prn 2023, pejabat tanah dan jajahan tanah merah
Sub-kategori
Maklumat Am
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)
Dikeluarkan pada: 10:00 malam, 18 Disember 2022
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan • Terengganu • Pahang (Jerantut dan Kuantan) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar) • Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.
untuk maklumat lanjut boleh layari web:
https://www.met.gov.my/?fbclid=IwAR1uinSxO_lE0N1MIqTgxcnwX3NAvlCDo5mEAdnjvqQSjl4YkvE2df9e1UE
Halaman 1 dari 2