PENGENALAN LOKASI / TEMPAT

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - NEGERI

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

 

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - JAJAHAN

Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.

Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakauBukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah merangkumi tiga Daerah, iaitu:

Kawasan Jajahan Tanah Merah merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok dan melibatkan 15 mukim.

DAERAH

MUKIM

KUSIAL

BENDANG NYIOR

PASIR GENDA

MAKA

BANDAR TANAH MERAH

TANAH MERAH

ULU KUSIAL

BATANG MERBAU

RAMBAI

KUALA PAKU

TEBING TINGGI

ULU KUSIAL

BUKIT DURIAN

SOKOR

JEDOK

LAWANG

JEDOK

NIBONG

 

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah pada tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.

Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.

SUMBER : PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - DAERAH

Bandar Baru Bukit Bunga merupakan sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Jedok. Bukit Bunga juga semakin terkenal dan menjadi tumpuan ramai sebagai pusat membeli belah di Kelantan terutama menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang.

sumber : wikipedia

 

MAKLUMAT KOMUNITI BUKIT BUNGA 

PERKARA BIL/NAMA
POPULASI PENDUDUK BUKIT BUNGA 27,748 ORANG
KELUASAN 2376.83 HEKTAR

 

SUMBER: SPRM 2022 , PORTAL PTDJNK

 

MAKLUMAT PARLIMEN BUKIT BUNGA                                                                                                 

 PERKARA  NAMA
 PARLIMEN P30 | N36 BUKIT BUNGA
 AHLI PARLIMEN YB DATO' ZAHARI BIN KECHIK
 ADUN  ALMIDI
 PEGAWAI DAERAH TANAH MERAH EN. MOHAMMAD YUSOFF BIN HASSAN
PENGHULU/KETUA KAMPUNG

EN. MOHD YUSOFF BIN SHAMSUDDIN

 

Sumber : portal rasmi kerajaan negeri kelantan, my undi prn 2023, pejabat tanah dan jajahan tanah merah