Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan ramalan Cuaca Signifikan bagi tempoh 20 hingga 22 November 2023. Berdasarkan analisis model cuaca tersebut, amaran hujan berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Sabah berkuat kuasa pada hari ini.
  Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 21 November 2023.
Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang lebih menyeluruh juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan.
Sehingga jam 12 tengah hari, 20 November 2023, 3 buah negeri telah dilaporkan terkesan dengan bencana banjir. Sebanyak 3 daerah yang terlibat di negeri Perak (1), Terengganu (1) dan Pahang (1). Seramai 346 orang mangsa daripada 106 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 6 PPS.
Saya minta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
  Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir. Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

PENGENALAN LOKASI / TEMPAT

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - NEGERI

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

 

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - JAJAHAN

Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.

Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakauBukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah merangkumi tiga Daerah, iaitu:

Kawasan Jajahan Tanah Merah merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok dan melibatkan 15 mukim.

DAERAH

MUKIM

KUSIAL

BENDANG NYIOR

PASIR GENDA

MAKA

BANDAR TANAH MERAH

TANAH MERAH

ULU KUSIAL

BATANG MERBAU

RAMBAI

KUALA PAKU

TEBING TINGGI

ULU KUSIAL

BUKIT DURIAN

SOKOR

JEDOK

LAWANG

JEDOK

NIBONG

 

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah pada tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.

Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.

SUMBER : PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH

MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - DAERAH

Bandar Baru Bukit Bunga merupakan sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Jedok. Bukit Bunga juga semakin terkenal dan menjadi tumpuan ramai sebagai pusat membeli belah di Kelantan terutama menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang.

sumber : wikipedia

 

MAKLUMAT KOMUNITI BUKIT BUNGA 

PERKARA BIL/NAMA
POPULASI PENDUDUK BUKIT BUNGA 27,748 ORANG
KELUASAN 2376.83 HEKTAR

 

SUMBER: SPRM 2022 , PORTAL PTDJNK

 

MAKLUMAT PARLIMEN BUKIT BUNGA                                                                                                 

 PERKARA  NAMA
 PARLIMEN P30 | N36 BUKIT BUNGA
 AHLI PARLIMEN YB DATO' ZAHARI BIN KECHIK
 ADUN  ALMIDI
 PEGAWAI DAERAH TANAH MERAH EN. MOHAMMAD YUSOFF BIN HASSAN
PENGHULU/KETUA KAMPUNG

EN. MOHD YUSOFF BIN SHAMSUDDIN

 

Sumber : portal rasmi kerajaan negeri kelantan, my undi prn 2023, pejabat tanah dan jajahan tanah merah

JAWATAN KOSONG RAKAN DIGITAL PEDi BUKIT BUNGA
 
Kepada yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan boleh mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web http://www.msd.net.my atau sediakan resume sahaja dan dihantar ke email berikut : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Tarikh tutup permohonan : 7 September 2023
POSTER RAKAN DIGITAL bb1
 

Sub-kategori

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)

Dikeluarkan pada: 10:00 malam, 18 Disember 2022

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan • Terengganu • Pahang (Jerantut dan Kuantan) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar) • Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Rabu, 21 Disember 2022.

untuk maklumat lanjut boleh layari web:

https://www.met.gov.my/?fbclid=IwAR1uinSxO_lE0N1MIqTgxcnwX3NAvlCDo5mEAdnjvqQSjl4YkvE2df9e1UE