Menurut cerita seorang penduduk kampung yang telah lama menetap di sini, ada seekor gajah yang bernama merbunga telah mati diatas bukit. Akibat daripada kejadian tersebut, tempat ini telah dinamakan dengan Bukit Bunga. Lokasi bukit sekarang dimana gajah itu meninggal adalah bertempat di Balai Polis Bukit Bunga.