Bukit Bunga terletak bersempadan antara Malaysia - Thailand. Ia merupakan laluan terbaru yang menghubungkan antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Laluan daripada Bukit Bunga, Malaysia ke Thailand dihubungkan melalui jambatan Bunga-Ban Buketa Bridge yang mula dibuka pada 21 Desember 2007. Usia jambatan yang menghubungkan dua negara ini sudah pun berusia 11 tahun (2018).
Pekan yang terletak disebelah Thailand dikenali sebagai Ban Buketa. Pekan Ban Buketa terletak di wilayah Narathiwat. Jika anda berada di Kota Bharu, anda akan melalui daerah Tanah Merah kemudian menuju ke arah jalan utama Timur-Barat sebelum tiba di Bukit Bunga.
Jarak perjalanan menaiki kenderaan daripada Tanah Merah Ke Bukit Bunga, Jeli dianggarkan sekitar 30Km dengan melalui kampung-kampung kecil seperti Bukit nangka, Cedok, Renab, Jenub.