1. CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR
Nama : Fathul Mukhriz Bin Haswari Umur : 14 Tahun Ahli : 9 Jan 2015 |
Latar Belakang
Fathul Mukhriz merupakan ahli pusat internet Bukit Bunga sejak tahun 2015. Mukhriz merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi, Pekan Pahang di Tingkatan 2. Beliau pertama kali hadir ke pusat internet pada musim cuti sekolah dan sekadar untuk menghabiskan masa lapang dengan menonton video di internet dan bermain media sosial. Kini, beliau selalu hadir setiap kali pulang ke kampung pada cuti sekolah bagi menyiapkan kerja sekolah dan kerja-kerja berkaitan dengan pelajaraan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan PIK, Mukhriz hanya melayari laman media sosial dan kurang mahir menggunakan komputer.
Selepas penglibatan dengan PIK, beliau telah mengikuti kelas untuk belajar mengenai asas Microsoft Office terutamanya Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Beliau semakin mahir menggunakan Microsft Office kerana selalu bertanya dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan sepanjang cuti sekolah.
Nama : Lyieliana Bt Z Sanusi Umur : 29 Tahun Ahli : 12 March 2019 |
Puan Lyieliana menjalankan perniagaan Takaful AmMeatlife. Beliau menyediakan perkhidmatan menjual dan memberi tunjuk ajar mengikut permintaan dari orang ramai.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online.
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau pernah mengikuti kelas kini beliau telah memiliki facebook untuk perniagaannya.
Nama : Rossavany binti Mohd Shat Umur : 42 Tahun Ahli : 12 Mac 2016 |
Rossavany atau lebih mesra disapa Wani merupakan pengguna Pusat Internet Komuniti Bukit Bunga sejak dari tahun 2016. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa sebelum beliau memulakan perniagaan secara dalam talian dan diluar talian. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual barangan orang lain. Kini, beliau telah mula menjalankan perniagaan kuihnya sendiri.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak menggunakan platform media sosial untuk perniagaannya kerana tidak mahir untuk memasarkan produk atas talian.
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah belajar cara mempromosikan barang jualan beliau di dalam facebook dan whatsapp. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan di PIK. Beliau juga belajar cara membuat sticker produk sendiri sebagai salah satu usaha pemasaran produk.