1. CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama : Nur Alia Alisya Binti Abu Amar

Umur  : 12 Tahun

Ahli     : 02 Ogos 2019

 

Latar Belakang

Nur Alia Alisya merupakan ahli pusat internet Bukit Bunga sejak tahun 2019. Alia merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Nik Daud Kg Jakar Bukit Bunga dalam darjah 6. Beliau pertama kali hadir ke pusat internet sekadar untuk menghabiskan masa lapang dengan menonton video di internet dan bermain media sosial. Kini, beliau selalu hadir ketika hujung minggu dan cuti sekolah bagi menyiapkan kerja sekolah dan kerja-kerja berkaitan dengan pelajaraan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan dengan PI, Alia hanya melayari laman media sosial dan kurang mahir menggunakan komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas untuk belajar mengenai asas Microsoft Office terutamanya Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Beliau semakin mahir menggunakan Microsft Office kerana selalu bertanya dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

 

 

 

2. KEUSAHAWANAN
 
Usahawan Shopee
 

Nama  : Faaizah Bt Muhammad Yasin

Umur  : 41 Tahun

Ahli     : 2 Ogos 2019

 

Latar Belakang

Puan Faaizah menjalankan perniagaan kuih muih secara kecil-kecilan daripada rumah hasil daripada memasuki kelas membuat kuih, pastry dan kek. Produk yang dihasilkan diletakkan di kedai-kedai serta stesen minyak yang berdekatan. Selain produk pastry, beliau juga menjual produk-produk makanan lain. Demi menambahkan pendapatan keluarga, beliau memasuki kelas keusahawan shopee bagi menjual produk secara atas talian

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang menggunakan medium media sosial kerana tidak mahir.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas keusahawan seperti kelas pemasaran (facebook), kelas shopee dan editing di PI. Selepas penglibatan dengan PI dan pandai memanfaatkan internet, beliau membuat pemasaran produk beliau menggunakan hampir semua platform media yang diketahui seperti facebook, shopee, whatsapp.

3. KEUSAHAWANAN
 
Usahawan Shopee
 

Nama  : Nora Binti Abdullah

Umur   : 39 Tahun

Ahli      : 21 November 2017

 

Latar Belakang

Puan Nora merupakan usahawan tudung secara kecil-kecilan. Beliau menyewa kedai berhampiran jalan besar bagi perniagaan tudungnya. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, beliau terpaksa menutup kedai yang disewanya dan menjalankan perniagaan daripada rumah. Minatnya yang mendalam dalam perniagaan, dia mencuba menjual di platform terkini iaitu shopee.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang menggunakan medium media sosial kerana tidak mahir dan akses internet yang terhad.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas shopee PI. Beliau membuat jualan menggunakan platform shopee. Selain shopee, beliau juga pernah mengikuti kelas keusahawanan lain di PI. Beliau juga berniaga menggunakan facebook peribadi dan facebook page yang pernah dipelajari di PI.