1. CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR
Nama : Qistina Balqis binti Zaidi Umur : 12 Tahun Ahli : 18 September 2015 |
Latar Belakang
Qistina Balqis telah lama menjadi ahli pusat internet. Pada awalnya beliau hanya berdaftar sebagai pelawat tetapi disebabkan kekerapannya hadir ke pusat internet serta ingin belajar kelas komputer menyebabkan beliau menjadi ahli pusat internet. Beliau menjadi ahli bermula pada September 2015. Balqis merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Nik Daud.
Sebelum penglibatan dengan PI, Balqis tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office serta internet.
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti banyak kelas untuk belajar mengenai asas Microsoft Office terutamanya Microsoft Word. Beliau juga belajar cara mencari maklumat didalam laman web serta memuat turun gambar dari internet. Beliau semakin mahir menggunakan Microsft Office kerana selalu bertanya dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.
Nama : Ainul Khairunnisa Najwa Bt Azizan Umur : 31 Tahun Ahli : 18 November 2015 |
Puan Ainul Khairunnisa Najwa merupakan ahli perniagaan yang telah lama memulakan perniagaannya. Beliau menjalankan pelbagai perniagaan seperti butik pengantin, menjual barangan Thailand, emas serta makanan. Ada perniagaan yang masih dijalankan dan ada yang telah ditutup. Barangan daripada Thailand, beliau menggunakan platform shopee manakala butik pengantinnya masih beroperasi seperti biasa. Kini beliau lebih fokus kepada perniagaan makanan dan pembukaan cafe.
Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI, beliau kurang mahir menggunakan medium media social untuk mengiklankan produk dan perniagaannya. Belaiu juga kurang mahir menggunakan Microsoft office.
Nama :Lydiana Binti Jaafar Umur : 36 tahun Ahli : 11 Mac 2015 |
Puan Lydiana menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik iaitu meeracle serta makanan di kedainya iaitu D’lekss luuu corner.
Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk mengiklankan produk dan perniagaannya. Belaiu juga kurang mahir menggunakan Microsoft office.
Selepas melibatkan diri dengan PI, beliau semakin mahir menggunakan media sosial untuk perniagaannya. Melalui medium ini, beliau dapat mengiklankan produk-produk dan makanan yang dijual dikedainya. Beliau menjalankan perniagaan secara offline (kedai) dan juga online.