1. CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama  : Nur Eliana Aznie Binti Azahar 

Umur   : 24 Tahun

Ahli      : 20 Dec 2016

 
Latar Belakang
 

Nur Eliana merupakan ahli Pusat Internet Bukit Bunga yang berdaftar sejak Disember 2016. Beliau kini berumur 24 tahun. Beliau merupakan pelajar sepenuh masa di UiTM, Machang. Di pusat internet, beliau belajar menggunakan komputer dan software dengan lebih mendalam bagi memudahkan beliau menyiapkan assignment, report serta thesis sebagai pelajar.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, Eliana kurang mahir menggunakan asas microsft office dan tidak tahu menggunakan software lain dalam computer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas untuk belajar mengenai asas Microsoft Office. Beliau juga belajar mengenal komputer serta komponen-komponen komputer. Beliau kini mahir dalam menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft Word dan Powerpoint.

 
 
 
2. KEUSAHAWANAN
 
> Barangan Viral
 

Nama  : Fadhliana Binti azmi 

Umur   :17 Tahun

Ahli     : 17 July 2018

 
Latar Belakang
 

Fadhliana atau lebih dikenali dengan nama Yana telah menjalankan perniagaan menjual barangan viral.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan produknya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau pernah mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI.
 
 
3. KEUSAHAWANAN
 
> Makanan, Makanan Kesihatan dan Emas
 
Latar Belakang
 

Norazira Mamat merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 2 orang anak. Beliau memiliki kelulusan ijazah dari KUTPM/MSU. Norazira pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online sebelum berhenti dan bekerja secara tetap sebagai supervisor di syarikat kontraktor. Beliau juga merupakan askar wataniah secara sambilan. Disebabkan waktu kerja yang tidak menentu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri dengan lebih serius.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang menggunakan medium media sosial kerana tidak mahir dan akses internet yang terhad.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan PI. Beliau juga telah mahir menggunakan medium social whatsapp dan facebook. Norazira mempromosi perniagaannya dalam facebook iaitu jualan emas dan juga makanan.