1. CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama  : Nurin Syafiqah Bt Razizi 

Umur  : 15 Tahun

Ahli     : 27 Januari 2016

 

Latar Belakang

Nurin Syafiqah merupakan ahli pusat internet Bukit Bunga sejak berumur 11 tahun. Nurin merupakan pelajar Sekolah Sains Jeli dalam tingkatan 3. Beliau pertama kali hadir ke pusat internet sekadar untuk menghabiskan masa lapang dengan menonton video di internet dan bermain media sosial. Kini, beliau selalu hadir ketika hujung minggu dan cuti sekolah bagi menyiapkan kerja kursus dan kerja-kerja berkaitan dengan pelajaraan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan dengan PI, Nurin hanya melayari laman media sosial dan kurang mahir menggunakan komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mengikuti kelas untuk belajar mengenai asas Microsoft Office terutamanya Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Beliau semakin mahir menggunakan Microsft Office kerana selalu bertanya dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

 

 

  

2. KEUSAHAWANAN

> Menjahit Pakaian dan menjual Barangan Online

Nama : Nik Nurmaisarah Bt Ibrahim 

Umur  : 23 Tahun

Ahli     : 05 Okt 2015

 
Latar Belakang
 

Nik NurMaisarah merupakan seorang pelajar lepasan Giat Mara dalam jurusan jahitan. Beliau telah mula bergiat aktif dengan mengambil upah menjahit baju. Disamping itu, beliau juga menjual barangan secara atas talian.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak menggunakan langsung medium media sosial kerana tidak mahir.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah belajar cara mempromosikan barang jualan beliau di dalam facebook. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan di PI.
 
 
3. KEUSAHAWANAN
 
 > Nurraysa kosmetik & Insurance
 

Nama : Zubaidah Binti Latiff 

Umur  : 41 Tahun

Ahli     : 04 Jan 2019

 

Latar Belakang

Puan Zubaidah atau lebih dikenali dengan nama Kak Dah telah menjalankan perniagaan Nurraysa dan Jualan Insurance. Beliau menyediakan perkhidmatan menjual dan memberi tunjuk ajar mengikut permintaan dari orang ramai.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan produknya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 

Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau pernah mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI, kini beliau telah memiliki facebook untuk perniagaannya.