CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR
Nama : Nur Aqeelah Humayra Binti Razali Umur : 9 Tahun Ahli : 09 September 2015 |
Latar Belakang
Nur Aqeelah Humayra yang lebih mesra di sapa Qeelah merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Nik Daud. Rumah yang berdekatan dengan PI memudahkan beliau datang ke PI sendiri.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan PI, Qeelah tidah tahu menggunakan komputer malah tidak tahu kegunaan komputer serta kepentingan komputer.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah belajar mengenal komputer serta komponen-komponen komputer. Beliau telah mengikuti kursus asas dan pertengahan komputer di PI. Beliau kini tahu menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft Word walaupun belum mencapai tahap mahir. Beliau juga telah tahu menggunakan asas internet serta tahu untuk memuatturun gambar-gambar daripada internet.
KEUSAHAWANAN
Nama : Yusmaira Zawawi Umur : 33 tahun Ahli : 09 Mac 2017 |
Latar Belakang
Puan Yusmaira Zawawi sebelum ini adalah seorang suri rumah. Beliau mula menjalankan perniagaan dengan menjual serunding daging. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan beliau telah menghadiri kursus dandaman rambut dan kecantikkan Selepas itu beliau telah menceburkan diri dengan Mobile Facial Spa.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan di facebook. Perkhidmatan yang ditawarkan hanya tertumpu pada penduduk tempatan dan sekitar sahaja.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau mengikuti kelas keusahawanan di PI serta sentiasa belajar, kini beliau telah mahir menguruskan facebook page sendiri untuk mengiklankan dan mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau juga sekarang merupakan pengajar untuk membuat facebook ads kepada ahli-ahli Spa yang lain.
Nama : Mohamad Nasuha Bin sani Umur : 27 tahun Ahli : 12 Ogos 2015 |
Latar Belakang
Mohd Nasuha bin Sani atau lebih dikenali dengan nama Che Mat merupakan graduan Master of Art daripada UITM Shah Alam. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan barangan lama (vintage), beliau telah membuka dan menjalankan perniagaan bundle (pakaian, kasut, beg, jam). Disamping menjalankan perniagaan barangannya serta kemahiran yang beliau ada, beliau juga mengambil upah membaiki seluar jeans dan membaiki jam. Beliau memulakan perniagaannya lebih kurang dua tahun bermula tahun 2017.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang menggunakan medium media sosial kerana tiada komputer serta kemudahan internet laju dikedainya. Perniagaannya hanya tertumpu kepada penduduk sekitar serta orang ramai yang melalui kedainya sahaja.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah membuka facebook page atas nama kedainya bagi mengiklankan dan membuat promosi barangan yang dijual. Beliau juga dapat mengiklankan perkhidmatan membaiki seluar serta jam di dalam facebook peribadi serta facebook page.