CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR
Nama : Nurmahani binti Mat Ali Umur : 26 Tahun Ahli : 01 Dec 2014 |
Latar Belakang
Nurmahani merupakan lepasan Diploma dari Universiti Awam. Beliau sekarang bekerja sebagai guru KAFA sambal menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana. Pekerjaan serta pengajiannya memerlukan beliau mahir komputer untuk menyiapkan kerja serta tugasan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer terutama dalam penggunaan asas Microsoft Ofice seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel. Beliau juga tidak mahir dalam menukarkan sesuatu jenis file ke jenis file yang lain.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah belajar mengenai komputer dan mahir dalam menggunakan komputer . Beliau telah mengikuti kursus asas dan pertengahan komputer di PI. Beliau kini mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft Word dan Excel. Selain itu beliau juga tahu menggunakan shortcut dalam Microsoft. Beliau juga tahu menggunakan applikasi yang terdapat di internet seperti ‘Convert File’.
KEUSAHAWANAN
Nama : Nur Hanis Binti Wahab Umur : 23 Tahun Ahli : 26 Dec 2017 |
Cik Hanis binti Wahab atau dikenali dengan nama Hanis telah menjalankan perniagaan yang berbentuk perkhidmatan lebih kurang dua tahun bermula awal tahun 2017. Beliau merupakan pengasas Bekam Fisio Centre yang menjalankan perkhidmatan Bekam dan Fisioterapi.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan di facebook laman web. Perkhidmatan yang ditawarkan hanya tertumpu pada penduduk tempatan dan sekitar sahaja.
Nama : Juraida Binti Che Aziz Umur : 35 tahun Ahli : 12 Mac 2016 |
Puan Juraida atau lebih dikenali dengan nama Kak Jue telah menjalankan perniagaan Mary Kay. Beliau menyediakan perkhidmatan menjual dan menjalankan kelas-kelas dari rumah ke rumah mengikut permintaan dari orang ramai.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan produknya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau pernah mengikuti kelas asas Microsoft Word dan kelas latihan keusahawanan di PI, kini beliau telah memiliki facebook untuk perniagaannya.