Nama : Mohd Amirul Ridzuan Bin Hassan Umur : 22 Tahun Ahli : 11 Julai 2018 |
Latar Belakang
Mohd amirul merupakan pelajar lepasan Diploma.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan PI, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutama dalam penggunaan asas Microsoft Ofice seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel.
Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah belajar mengenai komputer dan mahir dalam menggunakan komputer . Beliau telah mengikuti kursus asas komputer di PI dan sudah mahir menggunakan asas Microsoft Office terutama Microsoft Word dan Excel.
KEUSAHAWANAN
Nama : Baslizal Bin zakaria Umur : 39 Tahun Ahli : 20 Mei 2015 |
Encik Baslizal atau lebih dikenali dengan gelaran abe ja nasi kerabu golok telah menjalankan perniagaan menjual nasi kerabu serta menjalankan perniagaan sampingan seperti minyak pelincir, coway, kopi, mahjon, dan produk kesihatan secara luar dan dalam talian lebih kurang 8 tahun secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan produk makanan dan barang jualannya di facebook atau whatsapp.
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau pernah mengikuti kelas asas Microsoft Word dan kelas latihan keusahawanan di PI serta sentiasa belajar, kini beliau telah memiliki facebook untuk perniagaannya.
Nama : Nik Nor Hafiszah Binti Mohamad Suhaimi Umur : 35 tahun Ahli : 9 Sept 2015 |
Puan Nik Nor Hafiszah atau lebih dikenali dengan gelaran Kakyong telah menjalankan perniagaan menjual dan membekal barang hiasan, alatan jahitan, alatan perkahwinan dan bunga-bunga plastik. Selain itu beliau juga menerima tempahan gubahan bunga, hantaran perkahwinan. Kedai beliau telah mula beroperasi pada tahun 2014.
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer serta internet, malah tidak tahu menggunakan medium media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online dan mengiklankan kedainya di facebook. Kedai beliau hanya tertumpu pada penduduk setempat sahaja.
Selepas penglibatan dengan PI dimana beliau mengikuti kelas asas komputer dan kelas latihan keusahawanan di PI serta sentiasa belajar, kini beliau telah memiliki facebook sendiri iaitu hamper d’klate untuk mengiklankan produknya. Kini, kedainya makin dikenali dan bukan hanya tertumpu pada penduduk sekitar sahaja.