CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama   : Muhammad Fitri Osman 

Umur    : 11 Tahun

Ahli       : 9 Mei 2015

 

Latar Belakang

Mohammad Fitri adalah seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Nik Daud, Jakar Bukit Bunga.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI1M, beliau tidak mahir menggunakan komputer terutama dalam penggunaan Microsoft Ofice seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI1M, beliau telah mahir dalam menggunakan komputer . Beliau telah mengikuti kursus asas komputer dan sudah mahir menggunakan asas Microsoft Office. Beliau kini mampu menyelesaikan kerja-kerja sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dengan sendiri.

KEUSAHAWANAN

Nama  : Nur Zulianitta binti Rameli  

Umur   : 27 Tahun

Ahli     : 29 Nov 2015

 

Latar Belakang

Cik Nur Zulianitta telah menjalankan perniagaan online menjual barang-barang dari China. Beliau terlibat dengan perniagaan online selama lebih kurang 4 tahun bermula dari tahun 2014 sehingga kini

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI1M, beliau kurang mahir untuk menjalankan perniagaan dan mengiklankannya di facebook. Pendapatan beliau pula hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

 Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI1M dimana beliau pernah mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI1M serta sentiasa belajar, kini beliau telah memiliki facebook page untuk perniagaannya dan mempunyai pengikut tersendiri. Beliau juga telah belajar cara mengedit gambar produk untuk tujuan pengiklanan yang lebih menarik. Pendapatan beliau juga telah meningkat, kadang-kadang mencecah RM1000 sebulan.

Nama  : Rosmawati Binti Sani 

Umur   : 30 Tahun

Ahli      : 16 April 2015

 

Latar Belakang

Puan Rosmawati merupakan seorang pekerja Bank di Affin Bank Bukit Bunga. Beliau memulakan perniagaan online lebih kurang 2 tahun.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI1M , beliau kurang mahir menggunakan medium media social untuk mengiklankan produk dan perniagaannya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI1M, beliau semakin mahir menggunakan facebook page untuk perniagaannya. Melalui medium ini, beliau dapat mengiklankan produk-produk di dalam facebooknya.