CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama   : Muhammad Hafiz Bin Abdul Halim 

Umur    : 13 Tahun

Ahli       : 10 Feb 2016

 

Latar Belakang

Muhammad Hafiz adalah seorang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau tidak mahir menggunakan komputer terutama dalam penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Power point dan Excel yang membantut beliau dalam melaksanakan tugas kerja kursus dan slide yang diberikan oleh guru di sekolah.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI, beliau telah mahir dalam menggunakan komputer. Beliau telah mengikuti kursus asas komputer dan sudah mahir menggunakan asas microsoft office. Beliau kini mampu menyelesaikan kerja-kerja sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dengan sendiri.

KEUSAHAWANAN

Nama  : Norhana Binti Sani 

Umur  : 37 Tahun

Ahli     : 21 Okt 2014

 

Latar Belakang

Puan Norhana telah menjalankan perniagaan online menjual benih dan pokok bunga. Beliau terlibat dengan perniagaan online selama lebih kurang 4 tahun bermula dari tahun 2014 sehingga kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI1M, beliau kurang mahir untuk menjalankan perniagaan dan mengiklankannya di facebook. Pendapatan beliau pula hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan PI1M dimana beliau pernah mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI1M serta sentiasa belajar, kini beliau telah memiliki facebook page untuk perniagaannya dan mempunyai pengikut tersendiri. Beliau juga telah belajar cara mengedit gambar produk untuk tujuan pengiklanan yang lebih menarik. Pendapatan beliau juga telah meningkat berbanding sebelum ini.

Nama  : Zuraini Akmal Binti Kamal 

Umur   : 31 Tahun

Ahli     : 13 Dis 2017

 

Latar Belakang

Puan Zuraini Akmal merupakan seorang guru tadika di Tabika Kemas Hajah Zawiah Kampung Bukit Bunga. Beliau memulakan perniagaan pakaian (kain pasang, tudung, baju) dan kedai makanan berdasarkan minat dan ingin menambah pendapatan keluarga. Beliau telah menjalankan perniagaan ini hampir 3 tahun bermula dari tahun 2015.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI1M , beliau kurang mahir menggunakan medium media social untuk mengiklankan produk dan perniagaannya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI1M, beliau semakin mahir menggunakan facebookpage untuk perniagaannya. Melalui medium ini, beliau dapat mengiklankan produk-produk dan makanan yang dijual dikedainya di dalam facebook. Kini, beliau menjalankan perniagaan secara offline (kedai) dan juga online.