Plaza IMT-GT ( Plaza Indonesia-Malaysia-Thailand Golden Triangle Bukit Bunga menjadi mercu tanda dan pusat pelancongan baharu di negeri Che Siti Wan Kembang. IMT-GT adalah bangunan termoden di Tanah Merah yang dibina pada Mei 2017 berkeluasan 1.22 hektar, sekaligus menelan kos sehingga RM14.7 juta. Pembinaan plaza ini siap sepenuhnya pada Oktober 2019 oleh anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) iaitu  KESEDAR HOLDINGS Sdn Bhd yang merangkumi dua komponen iaitu premis perniagaan dan pasar basah. Plaza ini mempunyai 30 ruang perniagaan berkeluasan 200 kaki persegi dan tujuh unit pejabat termasuk institusi kewangan seperti bank dan Ar-Rahnu.

Pembinaan IMT-GT membuktikan bahawa KESEDAR dan KPLB sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar dengan projek ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat.Komuniti yang terdiri daripada golongan usahawan boleh memasarkan produk jualan mereka di kawasan lebih selesa dan kondusif yang dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pelbagai jualan produk dikumpulkan dalam plaza IMT-GT bagi memudahkan komuniti mendapatkan keperluan harian, malah ia mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Dalam plaza ini mempunyai ATM untuk memudahkan komuniti mengeluarkan wang dan premis KFC akan dibuka tidak lama lagi, sekaligus mampu menarik pelancong dan pengunjung ke plaza ini.