Program  : Jom Sihat Bersama Pusat Internet Bukit Bunga 

Tarikh      : 15 Dec 2018

Lokasi     : PI Bukit Bunga

Peserta   : 111 Orang

 

Tujuan

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama Pejabat kesihatan daerah dan KOSPEN. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih. 

Aktiviti

Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 111 Orang pengunjung telah hadir untuk program ini. Seterusnya diikuti dengan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung.

Untuk kanak-kanak diadakan aktiviti mewarna online dengan tema kesihatan. Untuk golongan belia diadakan aktiviti dan pertandingan Dashboard Komuniti. Peserta dikehendaki mencari artikel kesihatan dan muat naik dalam portal Dashboard Komuniti. Peserta juga di kehendaki menandakan lokasi-lokasi yang berhampiran PI ke dalam My Place.

Selain itu diadakan juga aktiviti meneka rasa makanan dan teka berat buah. Pada hari tersebut juga dibuka peluang kepada semua untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi yang belum berdaftar.

Program : Kahoot Kuiz Jom Sihat

Tarikh     : 15 Dec 2018

Lokasi    : PI Bukit Bunga

Peserta  : 20 Orang

 

Tujuan

Aktiviti Kahoot Kuiz Jom Sihat sempena Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet.

Aktiviti

Peserta perlu menjawab soalan berkaitan kesihatan dengan menggunakan aplikasi kahoot.